Selamat maju jaya buat Cikgu Masturah Ayu binti Mohamad yang akan memulakan tugas di Sekolah Kebangsaan Teluk Wang, Sungai Petani, Kedah pada 12 Jun 2023. Beliau yang telah berkhidmat di Sekolah Tengku Budriah selama 9 tahun merupakan guru yang berdedikasi dan sangat komited melaksanakan tugasan sebagai seorang pendidik. Sudah pasti pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar buat warga PPKI Sekolah Tengku Budriah. Semoga Cikgu Ayu dapat meneruskan khidmat yang cemerlang di sekolah baru. Kami di PPKI STB akan sentiasa mendoakan segala yang terbaik buat Cikgu Ayu. Sekali STB selamanya STB..
0 Ulasan