Pada tanggal 1 Jun 2023, Sekolah Tengku Budriah khususnya warga PPKI telah kehilangan seorang rakan guru iaitu Cikgu Mohamad Fadli bin Ismail setelah 3 bulan bergelut dengan masalah kesihatan. Lebih mesra dengan panggilan "ayah", kehilangan beliau pasti dirasai dan dirindui oleh semua rakan-rakan sekerja yang lain. Sama-samalah kita berdoa agar roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Semoga dirimu tenang di negeri abadi wahai sahabat. Selamat tinggal sahabat 😞
0 Ulasan