Pada tanggal 23 Jun 2023, Sekolah Tengku Budriah telah kehilangan seorang lagi rakan guru iaitu Cikgu Abdul Hadi bin Abdul Halim. Walaupun sekian lama bergelut dengan masalah kesihatan namun itu tidak menghalang beliau dari melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang pendidik. Kehilangan beliau pasti dirasai dan dirindui oleh semua rakan-rakan sekerja yang lain. Sama-samalah kita berdoa agar roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah buat Cikgu Abdul Hadi..