Pada 27 Mac 2023, warga Sekolah Tengku Budriah sungguh bertuah kerana telah menerima kunjungan dari Pengarah JPN Perlis, Encik Naharudeen bin Othman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Naha. Turut hadir bersama beliau adalah En. Mohd Nukar bin Nuji. Encik Naharudeen turut meluangkan masa bersama murid-murid Sekolah Tengku Budriah pada sesi perhimpunan rasmi sekolah. Seterusnya beliau diiringi oleh barisan pentadbir dibawa melawat di sekitar Sekolah Tengku Budriah. Terima kasih Encik Naharudeen di atas kesudian berkunjung ke Sekolah Tengku Budriah.
0 Ulasan