Sekitar kemeriahan yang sempat dirakam ketika berlangsungnya Majlis Graduasi Tahun 6, PPKI dan Pra Sekolah bagi sesi 2022. Majlis yang gilang gemilang ini telah dilangsungkan pada 16 Februari 2023 bertempat di Dewan Anggerik, Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Shahrom bin Shaari yang merupakan Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis. Tahniah dan syabas kepada semua guru yang merupakan tunjang utama kejayaan majlis ini.