PPKI STB telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun bagi sesi 2022 pada 15 Februari 2023 bertempat di Hotel Seri Malaysia. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Guru Besar, En. Md Nazir bin Nik Ali serta barisan penolong kanan. Jamuan yang disertai hampir keseluruhan murid PPKI dan Pra Sekolah STB ini bertujuan meraikan murid-murid yang akan menamatkan persekolahan di PPKI Sekolah Tengku Budriah. Selamat maju jaya buat murid-murid yang bakal melangkah ke alam sekolah menengah dan semoga berjumpa lagi.
0 Ulasan