Pada 21 Oktober 2022, PPKI[P] Sekolah Tengku Budriah telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Majlis tersebut turut disertai murid-murid dari Prasekolah. Majlis dimulakan dengan perarakan mengelilingi kawasan sekolah dan diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Amran bin Harun. Pada majlis itu juga turut diselitkan Kem Bestari Solat.
0 Ulasan