Pada 15 Oktober 2022 telah berlangsung dengan jayanya Jamboree On The Air & On The Internet (Jota Joti) bagi tahun 2022. Acara tahunan itu telah berlangsung serentak di seluruh negara. Sekolah Tengku Budriah telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi Daerah Perlis Timur. Program selama sehari itu berjaya mencapai objektifnya dalam memberikan pengalaman baru serta ilmu kepengakapan yang berguna kepada ahli-ahli pengakap yang menyertai. Tahniah dan syabas buat semua peserta Jota Joti 2022.
0 Ulasan