Pada 15 September 2022 telah berlangsungnya Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tengku Budriah bagi tahun 2022. Majlis yang gilang gemilang ini turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Pauh, YB. Puan Rozieana binti Ahmad yang juga Exco Pendidikan serta Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid), En. Che Rasaidi bin Che Yob.
Majlis tersebut dimulai dengan perarakan kemerdekaan yang disertai oleh semua murid Sekolah Tengku Budriah termasuk murid-murid dari kelas Program Pendidikan Khas Integrasi dan Prasekolah. Selesai perarakan majlis diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah kepada kontinjen perbarisan terbaik, kelas tercantik dan diakhiri dengan gimik Penutupan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2022 yang disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Tn. Haji Saifur Ridzwan bin Mustafa.
0 Ulasan