Tuan Haji Azhar bin Darus adalah
nama yang tidak asing bagi warga Sekolah Tengku Budriah. Beliau mula bertugas
sebagai Guru Besar yang ke -29 di Sekolah Tengku Budriah pada tanggal 16
Februari 2017.
Sinonim dengan peribadi yang peramah dan tegas, banyak kejayaan yang dikecapi semasa beliau berada di Sekolah Tengku Budriah. Penganjuran Sambutan 130 Tahun STB dan terbinanya surau baru STB adalah antara kejayaan besar di bawah pentadbiran beliau.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ketika khidmat beliau masih diperlukan dan membayangkan untuk menamatkan baki perkhidmatan di Sekolah Tengku Budriah, beliau terpaksa akur apabila diarahkan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sena.
Pemergian beliau pasti dirasai
oleh seluruh warga Sekolah Tengku Budriah. Harapan seluruh warga Sekolah Tengku
Budriah agar Tuan Haji Azhar dapat meneruskan khidmat yang cemerlang dan
dipermudahkan segala urusan di sekolah baru. Selamat Maju Jaya Tuan Haji Azhar.
0 Ulasan