Tahniah Cikgu Nor Rasyizan bin Rejab di atas pelantikan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum berkuatkuasa pada 16 Disember 2021. Beliau akan memulakan khidmat pertama beliau sebagai pentadbir di Sekolah Kebangsaan Dato' Kayaman. Beliau sebelum ini telah berkhidmat selama 11 tahun di Sekolah Tengku Budriah. Pemergian beliau semestinya merupakan satu kehilangan yang besar buat Sekolah Tengku Budriah tetapi satu titik permulaan dalam karier beliau sebagai seorang guru dan pentadbir. Semoga terus cemerlang di sekolah baharu dan selamat maju jaya Cikgu Rasyizan.