Tanggal 16 November 2021, Sekolah Tengku Budriah kehilangan seorang lagi guru yang juga merupakan Penolong Kanan Kokurikulum yang berdedikasi apabila Cikgu Mohd Akhir Johari bin Ahmad secara rasminya bersara wajib dari dunia pendidikan setelah lebih 30 tahun menabur bakti sebagai seorang pendidik. Terkenal dengan sifatnya yang "pemurah, aktif dan cool", ketiadaan beliau nanti pasti dirasai oleh seluruh warga Sekolah Tengku Budriah. Meskipun ianya merupakan kehilangan yang besar buat sekolah namun yang patah akan tumbuh dan hilang akan berganti. Semoga Cikgu Mohd Akhir dikurniakan dengan kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa di bawah payung rahmat Illahi. Aamiin..
0 Ulasan