اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Selamat Menyambut Kedatangan Ramadan al-Mubarak 1442H
“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda, Allah SWT berfirman: Melainkan puasa, kerana ia untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makannya kerana-Ku”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi daripada bau Misk”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu”
(Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa.”
(al-Baqarah, ayat 183)
Salam Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa diucapkan kepada semua warga Sekolah Tengku Budriah. Marilah kita bersama-sama menyambut bulan yang penuh keberkatan ini dengan hati yang terbuka.
Biarpun banyak dugaan kita pada tahun ini, bertabahlah. Semoga rantaian Covid-19 ini mampu untuk kita putuskan dan sinar baharu akan kembali semula dalam negara kita. Ambillah peluang yang ada untuk kita sama-sama memperbanyakkan ibadah dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
#dudukrumah #kitajagakita #putuskanrantaiancovid19 #selamatberpuasa1442H
0 Ulasan