Pada 8 Mac 2021, Sekolah Tengku Budriah telah menerima kunjungan dari YBhg. Dato' Kamel bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut mengiringi beliau adalah YB. Pn. Asmaiza binti Ahmad, Exco Pendidikan Negeri Perlis serta En. Naharudeen bin Othman, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis. Ini merupakan lawatan kerja kali kedua YBhg. Dato' Kamel ke Sekolah Tengku Budriah. Beliau yang tiba di Sekolah Tengku Budriah seawal jam 7.10 pagi turut memantau proses menyambut kehadiran murid ke sekolah. Selain itu, beliau turut meluangkan masa meninjau kesan kerosakan yang dialami akibat dilanda ribut baru-baru ini serta prasarana yang terdapat di dalam kawasan sekolah.
0 Ulasan