Sehubungan dari sidang media pembukaan sekolah yang telah disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi bin Jidin pada 18 Februari 2021, sesi persekolahan bagi tahun 2021 di seluruh Malaysia telah bermula secara rasminya pada 1 Mac 2021. Sebagai permulaan, hanya murid-murid tahun 1, 2, Pra Sekolah serta PPKI sahaja dibenarkan untuk hadir ke sekolah. Manakala bagi murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6, mereka akan memulakan sesi persekolahan mereka pada 8 Mac 2021. Saksikan kemeriahan pada hari pertama persekolahan di Sekolah Tengku Budriah dengan kehadiran murid tahun 1, 2, Pra Sekolah dan PPKI(P). Selamat kembali ke sekolah buat semua murid-murid dan selamat bertugas buat semua guru dan staf Sekolah Tengku Budriah.