Demi usaha mentransformasikan persekitaran Sekolah Tengku Budriah sempena pembukaan semula sesi persekolahan pada 1 Mac 2021, guru-guru dan staf Sekolah Tengku Budriah telah berganding bahu menceriakan persekitaran sekolah. Kini persekitaran Sekolah Tengku Budriah dihiasi dengan pelbagai jenis bunga-bungaan, taman-taman diberi nafas baru serta lukisan-lukisan yang menarik menghiasi dinding sekolah. Terima kasih kepada semua guru-guru dan staf Sekolah Tengku Budriah yang meluangkan masa mewujudkan persekitaran yang serba baharu ini. Semoga dengan persekitaran yang serba baharu dan indah ini akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik. Jom kita bersama-sama menjaga keceriaan sekolah kita. We 💗 STB..
0 Ulasan