Kejohanan Merentas Desa STB membuka tirai bagi aktiviti kokurikulum bagi tahun 2020. Seperti kebiasaan, 3 hari diperuntukan untuk kejohanan tahunan ini di mana 2 hari dikhususkan untuk murid  menyesuaikan diri dengan laluan kejohanan serta jarak larian. Seterusnya pada 17 Januari 2020 Kejohanan Merentas Desa STB telah dilangsungkan dengan jayanya. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Kejohanan ini juga merupakan aktiviti pemanas badan sebelum berlangsungnya aktiviti-aktiviti kokurikulum yang lain.