Sekolah Tengku Budriah meneruskan cengkaman dalam bidang Kokurikulum
apabila muncul johan pada Kejohanan Olahraga PKP Arau 2019 yang telah
berlangsung pada 18 & 19 Februari 2019 di Mini Stadium SMK Syed
Hassan Sekolah Sukan Negeri Perlis. Lebih membanggakan apabila atlet
STB, Muhammad Iman Hafiy turut dinobatkan sebagai Olahragawan PKP Arau.
Semoga kecemerlangan yang membanggakan ini dapat diteruskan pada masa
yang akan datang. STB MANTAP !!!
Sila klik pautan di bawah untuk melihat lebih gambar : https://photos.app.goo.gl/QsseYbzeBN3PPTE56
0 Ulasan