Pada 4-7 September 2023 telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSPs 2023 bertempat di Stadium Mini Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari itu berjaya mencapai matlamatnya sebagao medan mencungkil bakat murid bekeperluan khas dalam bidang olahraga. Sekolah Tengku Budriah juga turut tidak ketinggalan menghantar barisan atlet terkuat untuk bersaing dalam kejohanan tahunan tersebut. 

Secara keseluruhannya, Sekolah Tengku Budriah telah berjaya membawa pulang 1 pingat emas yang disumbangkan melalui acara 80 Meter Sindrom Down (L), 1 pingat perak menerusi acara Lontar Peluru B12 (P) dan 1 pingat gangsa dari acara 4x100 Meter B12 (L). Syabas dan tahniah buat semua atlet yang berjuang sepenuh hati dalam memastikan Sekolah Tengku Budriah berada di tangga ke 7 keseluruhan dari 24 buah sekolah rendah yang bertanding.