Sekitar kemeriahan pada hari pertama persekolahan bagi sesi 2023/2024. Murid-murid hadir dengan pakaian serba baru serta semangat yang baru. Semua murid menyertai perhimpunan rasmi yang pertama di dewan terbuka yang turut dihadiri oleh wakil Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, En. Mohd Nukar bin Nuji, barisan pentadbir serta guru-guru Sekolah Tengku Budriah. Selamat maju jaya buat semua murid-murid Sekolah Tengku Budriah. Semoga cekal dan tabah mengharungi cabaran di alam persekolahan..