Pada 5 hingga 7 Disember 2022 telah dilangsungkan Karnival Sukan STB (1M1S) 2022. Karnival selama 3 hari itu telah mempertandingkan 5 jenis sukan iaitu bola sepak, bola baling, bola jaring, hoki dan bola tampar. Karnival yang julung kali diadakan itu telah diilhamkan oleh Guru Besar STB, En. Md Nazir bin Nik Ali mencatatkan penyertaan dari hampir keseluruhan murid-murid tahap 2. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Md Nazir pada 9 Disember 2022. Tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran karnival tersebut. STB Boleh !!!!!